Untuk Rakan Kongsi
Sehingga sekarang kami mempunyai rakan kongsi yang gigih dan dipercayai dalam lebih 50 negara! Antara kelebihan yang kami tawarkan:- Kominsen sehingga 1.5pip
- Kominsen diperolehi serta merta
- Sistem pendaftaran yang mudah
- Mudah untuk menarik pelanggan
- Kemudahan pemantauan pendapatan
MasterForex membangunkan sukan di Indonesia
Bagi setiap syarikat yang menghormati dan menghargai para pelanggannya, adalah sangat penting untuk melibatkan diri dalam kehidupan masyarakat setempat. Selain itu, ianya sangat bagus untuk menyokong pembangunan sukan, pendidikan dan menolong sesiapa yang berada dalam kesusahan. MasterForex juga selalu mengadakan program kebajikan di Indonesia dan pada kali ini, syarikat kami ingin mencuba sesuatu yang baru. Syarikat MasterForex telah menaja sebuah kelab bola sepak PS Erkatude yang bertempat di Bandar Pontianak, Indonesia. Kelab bola sepak ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan telah mengambil bahagian dalam Piala U-21 Persipon 2012. Perlawanan yang disertai oleh 14 pasukan ini berlangsung dari 3 Februari sehingga 2 April.
Semasa majlis perasmian, pengurus pasukan bola sepak, wakil pengarah MasterForex untuk pejabat di Pontianak serta timbalan Datuk Bandar telah memberikan ucapan.
Dalam ucapan Sugiarto, pengurus pasukan FC PS Erkatude, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MasterForex di atas segala sokongan dan pembangunan dalam bidang sukan dan beliau juga mengharapkan kemenangan buat pasukannya dalam Piala ini.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Sutopo Widodo sebagai wakil pengarah untuk pejabat di Pontianak, beliau mengharapkan kejayaan dan kemenangan untuk pasukan. Dia menegaskan bahawa MasterForex juga bergiat aktif dalam kehidupan sosial selain bertanggungjawab dalam urusan perdagangan. Pihak syarikat berasa bangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam membangunkan arena bola sepak dalam bandar ini, kerana sukan ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih maju.
Secara keseluruhan, timbalan Datuk Bandar Pontianak iaitu Paryadi S. Hut telah mengumumkan bahawa kerajaan bandar ini telah menyokong kejohanan Piala ini dengan sepenuhnya untuk mencari bakat baru dan membuka peluang fizikal serta mental kepada anak- anak muda.
Pejabat besar syarikat MasterForex mengucapkan selamat maju jaya dan supaya beroleh kemenangan kepada pasukan PS Erkatude dalam kejohanan Piala ini.
Salam hormat,
Syarikat MasterForex




