Pilih Bahasa:
twitter vkontakte facebook youtube


LiveZilla Live Help
Untuk Rakan Kongsi
Sehingga sekarang kami mempunyai rakan kongsi yang gigih dan dipercayai dalam lebih 50 negara! Antara kelebihan yang kami tawarkan:
  • Kominsen sehingga 1.5pip
  • Kominsen diperolehi serta merta
  • Sistem pendaftaran yang mudah
  • Mudah untuk menarik pelanggan
  • Kemudahan pemantauan pendapatan

FAQ

Dear Client! On this page you can get acquainted with the frequently asked questions. In order to ask your question please use the feedback form or contact our manager via Live Chat. You can contact the company via telephone as well.  

Soalan tentang dagangan dengan Meta Trader 4

Pengambilan keuntungan tidak dilaksanakan atau order sebelumnya tidak boleh dibuka, walaupun harga telah mencapai paras yang dinyatakan dalam order. Apakah penyebabnya?
Ianya perlu diambil kira iaitu sebut harga yang terdiri daripada dua harga- Harga Bid dan harga Ask. Semua chart di dalam terminal adalah dihasilkan oleh harga Bid. Order Sell dibuka pada harga terendah- Bid, dan ditutup pada harga tertinggi- Ask. Order Buy dibuka pada haga Ask dan ditutup pada harga Bid.
Sebagai contoh:
Untuk order SELL anda, Take profit ditetapkan pada 1.3125.                                                 Harga pada chart telah mencapai 1.3124, tetapi posisi tidak ditutup pada paras Take Profit.               Chart menunjukkan harga Bid, tetapi order Sell ditutup pada harga Ask.                                   (Ask = Bid + Spread)
Pada ketika bila Bid=1.3124, Ask ialah 1.3127.
Oleh itu, harga minima untuk order anda ialah 1.3127, jadi ia tidak ditutup.  
Stop Loss telah dicetuskan atau order sebelumnya dibuka, walaupun harga tidak mencapai paras yang dinyatakan dalam order. Apakah penyebabnya?
Ianya perlu untuk diambil kira, iaitu sebut harga yang terdiri daripada dua harga- harga Bid dan harga Ask. Semua chart dalam terminal dihasilkan daripada harga Bid.                                   Order Sell dibuka pada harga Bid dan ditutup pada harga Ask.                                                Order Buy dibuka pada harga Ask dan ditutup pada harga Bid.
Sebagai contoh:
Untuk order SELL anda, order Stop Loss ditetapkan pada 1.8943.                                           Harga pada chart mencapai 1.8943, tetapi posisi ditutup pada paras Stop Loss. Chart menunjukkan harga Bid, tetapi order Sell ditutup pada harga Ask.
(Ask = Bid + Spread)
Pada ketika bila Bid=1.8942, Ask ialah 1.8946.
Oleh itu, harga minima untuk order anda ialah 1.8946, jadi ianya ditutup.
Bagaimana saya dapat melihat harga Ask dalam terminal?
Dalam terminal dagangan, sila pilih Tools dari menu atas dan klik Options. Dalam menu Options, pilih tab Charts, tick pada Show Ask.
Bagaimana saya boleh menjalankan expert advisor dalam terminal?
Sebelum anda memulakan terminal dagangan, sila salin fail expert advisor dalam folder MetaTader pada hard disk drive anda. Sebagai contoh, C:\MetaTrader\Experts. Jika anda ingin memasang indicator baru, salin fail Indicator kedalam subfolder Indicators dalam folder Experts: sebagai contoh, C:\MetaTrader\Experts\Indicators.
Mulakan platform. Pilih expert advisor atau indicator yang anda perlukan dari tetingkap Navigator. Drag dan salin maklumat tersebut ke dalam chart.
Bagaimana saya boleh melihat sejarah dagangan dalam terminal dagangan?
Pilih tab sejarah Akaun dari tetingkap Terminal dalam terminal dagangan. Klik kanan pada mana-mana tempat dalam tab sejarah, pilih All History atau tetapkan tempoh masa yang diperlukan dengan memilih Custom period, Last Month ataupun Last 3 months.
Kenapa butang Buy dan Sell dalam tetingkap New order tidak aktif?
Jika anda membuka tetingkap New order dalam terminal dagangan, tetapi butang Sell dan Buy tidak aktif (kelabu), cuba tukar jumlah lot. Mungkin jumlah lot yang telah disetkan oleh anda adalah lebih rendah berbanding jumlah kemungkinan minima atau lebih tinggi berbanding jumlah maksima yang dinyatakan untuk jenis akaun tertentu. Tambahan, sila pastikan margin bebas pada akaun dagangan anda cukup untuk membuka posisi untuk jumlah tersebut.
Butang New order tidak aktif, kenapa?  
Sebab yang mungkin dalam hal ini ialah anda anda menggunakan katalaluan pelabur untuk log masuk ke dalam terminal dagangan. Sila log masuk semula ke dalam terminal dagangan dengan menggunakan katalaluan pedagang anda.
Saya cuba untuk menetapkan Stop Loss tetapi terminal menunjukkan kesilapan seperti Invalid Stop atau Invalid S/L atau T/P?  
Anda tidak mengambil paras Limit & Stop ke dalam pertimbangan apabila menetapkan order Stop Loss. Paras Limit&Stop ialah lingkungan harga (dalam mata) daripada harga pasaran semasa. Dalam lingkungan Stop Loss, Take Profit dan order yang belum dilaksanakan, ianya tidak boleh ditetapkan. Jika anda cuba untuk menetapkan order sebelumnya dalam lingkungan harga, server akan kembali pada mesej “Invalid Stops” dan ia tidak akan menerima order tersebut.
Atau jika anda cuba untuk menetapkan order Stop Loss bergantung pada harga semasa.          Jika anda menetapkan Stop Loss untuk order Sell, anda perlu menetapkan Stop Loss lebih tinggi berbanding harga semasa dengan pertimbangan spread (dalam chart terminal yang dihasilkan oleh harga Bid dan order Sell dilaksanakan pada harga Ask) dan paras Limit&Stop (lihat atas); Jika anda menetapkan Stop Loss untuk order Buy, anda perlu meletakkan Stop Loss lebih rendah berbanding harga semasa dengan pertimbangan untuk spread dan paras Limit&Stop.
Apakah paras Limit&Stop?
Paras Limit&Stop ialah lingkungan harga (dalam mata) daripada harga pasaran semasa. Dalam lingkungan Stop loss, Take Profit dan lain-lain order yang sebelumnya tidak boleh ditetapkan. Jika anda cuba untuk menetapkan order yang belum terlaksana ke dalam lingkungan harga, server akan kembali kepada mesej “Invalid Stops” dan ia tidak akan menerima order tersebut.
Sila ambil pertimbangan bahawa nilai pertama paras Limit&Stop adalah sah dalam keadaan pasaran normal. Nilai kedua adalah sah semasa tempoh masa penting berita ekonomi.
Bagaimana saya boleh meyimpan tetapan asal pada terminal?
Untuk menyimpan tetapan asal, gunakan pilihan Simpan profil. Pilih Profil dalam menu Fail, dan klik Simpan Sebagai. Tetapkan nama profil. Tetapan anda akan disimpan ke dalam subfolder Profil dalam folder terminal dagangan pada hard drive. Cipta salinan terpelihara untuk fail profil jika perlu dan salin ia semula kepada folder Profiles.
Saya telah menetapkan pemberhentian Trailing, tetapi ia tidak berfungsi. 
Jika pemberhentian Trailing digunakan, ingat bahawa order jenis ini hanya berfungsi jika komputer yang digunakan telah diset untuk ON dan hanya jika pedagang diberikan kuasa di bawah log masuk dan katalaluan pedagang. 
Adakah terdapat sebarang perbezaan antara sebut harga untuk akaun mikro dan standard?  
Tidak, tiada sebarang perbezaan sebut harga antara akaun jenis Mikro dan Standard.  
Semua order saya yang belum terlaksana telah dibatalkan. Kenapa?
Ketika harga instrumen telah mencapai paras yang anda telah tetapkan dalam order yang belum terlaksana, paras margin bebas dalam akaun anda akan diperiksa sebelum membuka order yang belum terlaksana. Jika margin bebas tidak mencukupi, order yang belum terlaksana akan dibatalkan dengan komen “Deleted [No money]”. Anda boleh melihat komen pada tab sejarah akaun dalam tetingkap Terminal dalam terminal dagangan.

Isu Teknikal berkaitan terminal Meta Trader 4

Saya melihat mesej “Tiada hubungan” pada sudut bawah kanan terminal. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda melihat mesej “Tiada hubungan” pada sudut bawah kanan tetingkap terminal, anda perlu melakukan beberapa operasi berikut:
-Tutup terminal dan lancarkan ia sekali lagi. Jika ini tidak membantu, teruskan dengan langkah seterusnya.
-Periksa talian Internet. Mungkin terdapat sedikit masalah pada penyedia Internet anda. Jika talian Internet anda tiada masalah, teruskan dengan langkah seterusnya.
- Klik-kiri pada mesej “ Tiada talian” dan pilih server Rescan dari paparan menu. Jika ini tidak membantu, teruskan dengan langkah seterusnya.
- Pilih menu Fail –log masuk dan masukkan butiran log masuk (nombor akaun dagangan), katalaluan pedagang, alamat server ( lihat<< Apakah alamat IP untuk akaun demo dan nyata?>>) dan tekan Log masuk. Jika ini tidak membantu, teruskan dengan langkah seterusnya.
- Periksa jika terdapat beberapa terminal dagangan tentang broker berlainan yang menjalankan terminal secara serentak pada PC anda. Jika ini terjadi, tutup ia dan restart semula terminal MFX Trader 4.
- Besar kemungkinan, port 443 telah disekat dalam network tempatan anda. Sila minta alamat proxy-server dan port untuk akses Internet kepada pihak pengurusan sistem. Anda juga boleh mendapatkan informasi ini di peranti laman web anda: Klik menu “Service” – “Browser settings” – “Connections” – “LAN Settings” dan tulis nombor proxy-server beserta nombor port. Selepas itu, dalam terminal dagangan, tekan “Tools”- “Options”. Pilih “Enable proxy-server”, tekan “Proxy" dan isikan ruangan kosong dengan alamat proxy-server dan port. Jika anda menggunakan log masuk dan katalaluan untuk log masuk ke dalam Internet, anda perlu mengisi maklumat ke dalam ruangan yang berkenaan.
- Anda mempunyai software antivirus yang ditetapkan dalam PC anda yang menyekat operasi terminal melalui port 443. Pastikan sistem antivirus anda telah dimatikan. Jika terminal berjaya dihubungkan dengan server selepas itu, ia adalah penyebabnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu membenarkan port 443 dalam tetapan perisian antivirus atau masukkan MFX Trader 4 dalam senarai aplikasi yang dibenarkan.
- Terminal anda tidak dikemaskini (tetapan lama). Anda perlulah mengemas kini terminal anda kepada versi terkini melalui sistem kemaskini automatik “Live Update”, atau muatturun terminal dagangan dari laman web kami dan install versi terbaru. Anda boleh menyemak terminal anda pada menu “Help”-“About”.
- Hubungi jabatan sokongan pelanggan menggunakan senarai kontak di seksyen Hubungi dan periksa sama ada terdapat masalah server ketika itu atau hanya anda seorang sahaja yang mengalami masalah tersebut.
- Jika tidak terdapat sebarang masalah pada server dan semua prosedur sebelum ini tidak membantu anda, uninstall terminal perdagangan tersebut dari computer anda, muatturun fail tetapan dari laman web syarikat dan pasang semula.
Saya melihat error “akaun tidak valid” pada terminal dagangan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Hal ini boleh berlaku atas beberapa sebab:
- Anda membuat kesalahan dalam nombor akaun anda, katalaluan pedagang atau alamat server dagangan apabila log masuk ke dalam akaun dagangan.
- Anda belum pernah menggunakan akaun nyata lebih dari 90 hari, oleh itu ianya telah dipindahkan ke bahagian arkib. Prosedur untuk penyimpanan akaun ini dinyatakan dalam artikel 2.4 dalam Perjanjian Pelanggan (Peraturan Teknikal FOREX).
- Anda telah menggunakan akaun demo lebih daripada 30 hari, oleh itu anda perlu membuka akaun demo baru.
Apakah alamat IP untuk pusat data server dagangan?
Untuk akaun jenis Standard
78.159.118.151:443
124.217.251.74:444
Untuk akaun jenis Mikro
78.159.118.90:443
124.217.251.74:443
Untuk akaun jenis ECN
78.159.118.151:444
124.217.251.74:80
Untuk akaun jenis Demo
78.159.118.90:444
124.217.251.74:8080  
Saya ingin membuat order tetapi saya telah menerima mesej “Trade context busy” ,apakah masalah yang sebenarnya?
Situasi ini boleh terjadi sekiranya anda cuba untuk melakukan order baru dengan permohonan untuk pembukaan/penutupan/penukaran yang sebelumnya masih belum dilaksanakan. Anda hanya perlu restart semula terminal dagangan anda untuk menyelesaikan masalah ini.  
Saya melihat mesej  “Trading is forbidden” dalam terminal dagangan  MT4. Apakah masalah yang sebenarnya?
Hal ini boleh berlaku atas beberapa sebab:
1. Sesi dagangan untuk instrumen kewangan telah ditutup. Informasi berkenaan masa dagangan boleh didapati dalam seksyen spesifikasi Kontrak dalam laman web kami. 
2. Futures CFD akan luput tidak lama lagi, jadi ianya diletakkan dalam mod penutupan.
Jika tiada satu pun sebab di atas berkenaan, sila hubungi jabatan sokongan pelanggan. 
Apakah parameter perhubungan yang perlu ditetapkan dalam terminal dagangan supaya ianya boleh dihubungkan kepada server?
Jika anda telah muatturun platform dari laman web kami, tetapan ia telah diaturkan dengan betul. Oleh itu, anda tidak perlu untuk menetapkan parameter perhubungan dalam tetapan MFX Trader 4.
Komputer saya dihubungkan ke Internet melalui router dan saya tidak boleh berhubung dengan server dagangan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Situasi sebegini adalah tipikal untuk rangkaian korporat. Untuk menyesaikan masalah ini, sila hubungi pihak pengurusan dan minta kebenaran perhubungan untuk alamat server dagangan. Selain itu, router juga mempunyai firewall yang dibina di dalamnya, yang boleh mencacatkan operasi normal terminal dagangan. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh mematikan sistem firewall (tetapi pihak pengurusan tidak akan membenarkan ini) atau buka port 443 dalam tetapan firewall.
Saya tidak menerima sebarang penyata ke dalam emel saya. Apakah masalah sebenarnya?
Kemungkinan besar anda telah memasukkan emel yang salah ketika pendaftaran kabinet peribadi. Jika anda pasti bahawa anda telah memasukkan emel yang betul, sila periksa tetapan keselamatan emel anda, mungkin tapisan spam tidak membenarkan anda untuk menerima surat daripada kami. Periksa juga fail spam, surat kami mungkin berada di situ. Jika cara-cara di atas masih tidak membantu, sila hubungi jabatan sokongan pelanggan.
Bolehkah saya mendapatkan penyata untuk transaksi dagangan saya?
Ya, anda boleh. Dalam terminal dagangan, pilih tab sejarah akaun, klik kanan dan pilih  “Simpan sebagai repot”/” Simpan sebagai repot terperinci” dari tetingkap pop-up.
Terdapat berita dalam terminal dagangan tidak boleh dibuka.
Ini adalah situasi yang normal. Sesetengah berita yang datang daripada terminal dagangan daripada sumber berita terdiri daripada topik sahaja.
Saya ingin menyemak carta EURUSD dengan timeframe pada 17.10.2009 penat untuk skroll menggunakan tetikus. Bolehkan saya melakukan dengan lebih cepat?
Pertama sekali, matikan fungsi “Auto scroll" (Menu “Chart” – “Auto scroll"). Pilih timeframe D1 dan tekan “Enter” pada papan kekunci. Pada sudut bawah kiri chart, anda akan melihat bar navigasi cepat, di mana anda perlu isikan tarikh yang diperlukan seperti YYYY.MM.DD (sebagai contoh, “2009.10.17”) dan tekan butang “Enter”. Anda akan dipindahkan kepada tarikh tersebut dengan segera.
Kenapa terdapat sesetengah instrumen dagangan yang tidak ditunjukkan dalam terminal dagangan?
Dalam hal ini, klik kanan pada tetingkap Market Watch dan tekan Show all atau Simbol. Pilih instrumen yang anda minat dari tetingkap Simbol dan tekan Show.
Bagaimana saya boleh memasang perisian chat ke dalam platform MFX Trader 4?
Untuk memulakan chat, anda perlu :
Muat turun fail perisian menggunakan link Muatturun chat.
Klik dua kali pada fail yang telah dimuatturun untuk memulakan pemasangan perisian chat.
Semasa pemasangan perisian sila spesifikkan fail destinasi untuk MetaTrader 4 dari MasterForex
MetaTrader - Masterforex\pakar\skrip.
Jika anda menggunakan Windows7 atau Windows Vista, pemasangan perisian ke Program files adalah tidak dialu-alukan.
Jika ianya tidak dipasang ke folder yang diberitahu seperti di atas, anda perlu melancarkan MetaTrader4 bagi pihak pengurusan.
Jika tidak, kestabilan aplikasi tidak dijamin.
Dalam tetapan MT4 In MT4 settings (Tools –Options-Expert advisors):
Tick pada “Allow DLL imports”
Pindahkan tick “Confirm DLL function calls”
Buka sebarang chart dan tetingkap Navigasi dalam terminal dagangan.
Mulakan skrip dengan kli dua kali pada Scripts – MFTrader4 Chat (Jangan bawa dan letakkan skrip pada carta) Chat akan perfungsi pada akaun ECN, mikro dan standard nyata.
 
Terminal pelanggan ini tidak boleh dijalankan pada platform Windows Vista. Apakah yang harus saya lakukan?
Periksa DEP (Data Execution Prevention) yang hanya dihidupkan pada program utama dan servis Windows:
Right click pada icon Komputer pada Desktop dan pilih Option dari menu pop-up.
Pilih parameter Advanced system.
Pergi pada ruangan Advanced dan klik pada butang Tetapan dalam seksyen Quick Actions.
Pergi ke Prevention of discharged data. Pilih opsyen pertama Turn DEP on hanya untuk program major dan servis Windows dan klik OK.
Tekan OK dalam tetingkap tetapan dan tutup.
Restart kembali komputer anda.
Mulakan terminal pelanggan MFX Trader 4.

Soalan umum

Pukul berapakah masa dagangan bermula dan berakhir pada Isnin dan Jumaat? 
Terminal agangan bekerja pada masa GMT+3. Pada Isnin, dagangan bermula dari 00:00 dan tamat pada Jumaat, 23:00.
Bagaimanakah untuk saya membuka akaun demo? 
Muat turun terminal dagangan dari laman web. Akaun demo boleh dibuka dalam terminal dagangan. Untuk membuka akaun demo, mulakan terminal, dalam menu <<Fail>>, pilih opsyen <<Buka akaun>>. Isi borang permohonan dan pilih «Saya bersetuju melanggan berita anda». Klik «Seterusnya». Pilih server MFX Broker-Demo atau MFX Broker-ECN jika anda ingin membuka akaun demo ECN (anda perlu menetapkan perisian MF Trader 4 ECN terlebih dahulu). Selepas itu, anda akan mendapat username dan kata laluan pedagang untuk akaun demo. Klik <<Selesai>>. Sekarang anda boleh menggunakan akaun demo.
Adakah syarikat MasterForex membenarkan scalping?
Ya, strategi yang bedasarkan transaksi jangka pendek adalah dibenarkan.  
Adakah syarikat MasterForex membenarkan posisi terkunci? Apakah margin yang dikenakan caj untuk posisi terkunci?
Bekerja dengan MasterForex membolehkan untuk anda mengunci posisi. Margin untuk posisi terkunci ialah 50%.
Adakah MasterForex membenarkan penggunaan expert advisors /sistem dagangan automatik?
Dagangan dengan MasterForex membenarkan anda untuk menggunakan semua jenis expert advisors dan ATS.
Di manakah Masterforex didaftarkan? 
Syarikat MasterForex didaftarkan di Panama.
Bagaimanakah MasterForex dikawal?
MasterForex ialah ahli Commission for Regulatory Relations between Members of Financial Markets (KROUFR). Semua keputusan tentang komisen arbitral adalah mandatori untuk syarikat. Anda boleh mengubungi KROUFR beserta soalan tentang pekerjaan syarikat dan dapatkan respon rasmi. Selain itu, semua deposit dari pelanggan kami adalah selamat dengan KROUFR.  
Di manakah saya boleh mendapatkan informasi tentang pejabat perwakilan MasterForex?
Pada laman web, klik tab «Pejabat Perwakilan». Dalam menu pilih Negara dan pejabat wakil (bandar). Anda akan pergi ke seksyen laman web yang menunjukkan pejabat wakil yang terpilih.    
Apakah perbezaan antara jenis akaun dagangan yang ditawarkan oleh MasterForex?
Perbezaan antara akaun dagangan mengenai yang berikut: deposit minima, lot minima, leverage dll. Anda boleh mendapatkan senarai penuh tentang perbezaan pada laman web syarikat di seksyen «Untuk Trader» - «Keadaan Dagangan» . Dapatkan senarai instrumen dagangan yang tersedia dalam «Untuk Trader» - «Kontrak Spesifikasi» seksyen».
Apakah spreads yang ditawarkan dari MasterForex?
MasterForex menawarkan kepada pelanggannya dengan spread tetap pada standard, mikro, akaun demo dan spread pasaran terapung pada akaun ECN dan CFD. Anda boleh mendapatkan nilai spread untuk dagangan yang berbeza dalam seksyen «Untuk Trader» - «Kontrak Spesifikasi» .
Adakah terdapat sebarang had untuk leverage?
Prosedur untuk penetapan saiz leverage dijalankan dalam pengesahan seperti artikel 8. Dalam Perjanjian Pelanggan (Kawalan teknikal FOREX). Leverage kredit akan ditetapkan oleh pelanggan sendiri. Apabila baki kurang daripada $10 000, leverage maksima ialah 1:500. Apabila baki ialah $10 000-$50 000, leverage maksima ialah 1:200. Apabila baki lebih daripada #50 000, leverage maksima ialah 1:100. Leverage boleh ditukar sekali dalam masa 24 jam.  
Adakah anda menawarkan akaun Islamik (tanpa swap)? Adakah anda mengenakan komisen tambahan pada akaun tanpa swap?
Ya. MasterForex menyediakan pelanggan Muslim untuk dagangan tanpa swap. Khidmat tanpa swap akan disediakan bergantung kepada Peraturan pemberian perkhidmatan tanpa swap (akaun Islam). Akaun dagangan oleh pelanggan non-Muslim yang ingin berdagang tanpa swap akan dikenakan caj komisen (lihat Keadaan Dagangan pada laman web).
Adakah akaun dagangan saya akan di padam jika saya tidak menggunakannya untuk jangka masa yang lama?
Jika akaun dagangan tidak digunakan oleh pelanggan selama 90 hari, akaun tersebut akan menjadi tidak aktif dan pergi ke arkib. Prosedur untuk mengarkibkan dan menyimpan akaun telah dinyatakan dalam artikel 2.4 dalam Perjanjian Pelanggan (FPeraturan Teknikal FOREX).

Soalan berkaitan kewangan

Apakah yang saya perlu lakukan untuk mengeluarkan dana dari wallet peribadi?
Untuk mengeluarkan dana dari wallet peribadi adalah perlu untuk memiliki wang yang cukup dan lulus sijil prosedur pengguna. Jika anda mengeluarkan duit melalui sistem bayaran, adalah perlu untuk anda lulus sijil keterangan bayaran. Anda boleh lulus sijil pengguna dan keterangan bayaran dalam kabinet peribadi anda.
Bagaimana saya boleh mengeluarkan dana dari akaun dagangan saya/wallet peribadi?
Pertama sekali, adalah perlu untuk lulus sijil pengguna dan sijil keterangan bayaran.
Pengeluaran wang dilakukan menggunakan cara yang sama dengan cara yang digunakan untuk deposit dalam nisbah yang selari dengan jumlah yang didepositkan. Pengeluaran wang hanya boleh dilakukan untuk mengesahkan dompet dalam sistem bayaran.
Pengeluaran wang boleh dikeluarkan menggunakan cara yang berikut:
Webmoney (WME, WMU, WMZ, WMR)
RBKmoney
Liberty Reserve
DixiPay
Wire transfer (USD, EUR)
Anda boleh membuat permohonan pengeluaran wang menggunakan kabinet peribadi anda. Semasa mengeluarkan dana dari akaun dagangan buat kali pertama, dana dipindahkan ke baki wallet peribadi dan kemudian kepada sistem bayaran dompet atau ke bank akaun. 
Permohonan pengeluaran wang diproses oleh Bahagian Kewangan dalam masa 3 hari bekerja dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 malam.GMT +4.
Bagaimana saya boleh menambah dana ke dalam akaun dagangan saya/wallet peribadi saya?
Deposit ke dalam wallet peribadi adalah dibolehkan tanpa pengesahan keterangan bayaran.
Anda boleh menambah dana ke dalam MF peribadi anda atau akaun dagangan anda melalui:
Sistem bayaran elektronik:
Web Money
RBKmoney
Liberty Reserve
DixiPay
PayOnline
Dari Russia
Wire transfer (USD dan EUR)
Dari negara lain:
Wire transfer antarabangsa (USD dan EUR)
Anda boleh lihat senarai penuh cara deposit di dalam laman web syarikat di dalam seksyen «Untuk Trader» - «Sistem Bayaran».
Sistem bayaran yang mana mempunyai komisyen yang terendah untuk deposit dan pengeluaran duit?
Caj komisen untuk wire transfer adalah pelbagai mengikut negara yang anda menetap sekarang. Caj komisen untuk sistem bayaran boleh didapati di seksyen «Untuk Trader» - «Sistem Bayaran». Perlu diingatkan bahawa MasterForex tidak mengenakan sebarang caj untuk komisen untuk deposit/pengeluaran wang.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk deposit dana ke akaun dagangan?
Jika anda membuat deposit dana melalui Kabinet Peribadi menggunakan Webmoney, RBKmoney, Liberty Reserve, DixiPay atau PayOnline, dana dipindahkan ke wallet peribadi/akaun dagangan dengan serta-merta.
Jika anda menggunakan wire transfer, masa untuk deposit bergantung kepada bank yang memproses pemindahan tersebut. Dalam purata 3-5 hari bekerja bergantung kepada negara pihak penghantar. Dalam sesetangah perkara, ia boleh mengambil masa sehingga 14 hari. Sebaik saja dana telah sampai ke dalam akaun bank MasterForex, dana tersebut akan dipindahkan ke wallet peribadi.
Selepas menghantar wire transfer adalah perlu untuk membuat bayaran notis melalui kabinet peribadi.
Saya telah memindahkan dana tetapi dana masih tidak dipindahkan ke akaun dagangan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda memindahkan dana ke wallet peribadi anda tetapi jumlah tetap tidak ada, anda perlu daftar masuk ke dalam wallet peribadi anda, masuk ke sekeyan «Deposit Dana», klik tab «Notis Bayaran» dan isi borang dengan keterangan bayaran. Dengan ini, bayaran anda akan diproses oleh Bahagian Kewangan dalam masa 24 jam.
Jika anda deposit dengan wire transfer, notis bayaran adalah wajib.
Saya membuat permohonan pengeluaran wang. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memprosesnya?
Permohonan pengeluaran wang akan diproses dalam masa 3 hari bekerja. Masa untuk menerima dana ke akaun bank anda atau ke akaun sistem bayaran bergantung kepada sistem bayaran anda. Dalam sesetengah perkara, apabila anda mengeluarkan menggunakan wire transfer, untuk menerima dana ke akaun bank anda akan mengambil masa yang lebih lama (lebih dari 7-8 hari) Dalam perkara ini, sila hubungi bank anda untuk mendapatkan informasi mengenai pemindahan tersebut.
Saya telah membuat permohonan pengeluaran wang. Dana tersebut dikeluarkan dari akaun dagangan saya, tetapi saya masih belum menerima dana tersebut ke dalam sistem bayaran saya. Apakah yang terjadi?
Mengikut Syarat Kewangan syarikat, dana boleh dikeluarkan dari kedua-dua wallet peribadi dan daripada akaun dagangan pelanggan. Apabila dana dikeluarkan dari baki wallet peribadi, operasi tersebut diteruskan sebagai satu transaksi.
Apabila dana dikeluarkan daripada akaun dagangan, operasi tersebut diproses dalam tiga langkah:
1. Pengeluaran dana daripada akaun dagangan
2. Pemindahan dana ke wallet peribadi
3. Pengeluaran dana dari wallet peribadi ke akaun sistem bayaran Maka, jika dana telah dikeluarkan daripada kauan dagangan anda tetapi belum dipindahkan ke akaun sistem bayaran anda, semak baki wallet peribadi anda. Dana ada di situ dan permohonan pengeluaran adalah sedang dalam pemprosesan.Permohonan adalah diproses seperti biasa dalam 1-3 hari bekerja.
Bagaimanakah pengeluaran wang ke sistem bayaran yang berbeza diproses?
Di dalam kes deposit menggunakan cara yang berbeza, pengeluaran wang diproses menggunakan cara yang sama dalam nisbah yang selari dengan jumlah yang didepositkan.
Bagaimana nisbah selari dikira jika saya mengeluarkan wang daripada beberapa sistem bayaran?
Pengeluaran wang dana yang selari dibuat jika deposit akaun dilakukan menggunakan cara yang berbeza (sistem bayaran yang berbeza). Untuk kes seperti ini, pengeluaran wang diproses menggunakan cara yang sama dalam nisbah yang selari dengan jumlah yang didepositkan.
Contoh:
Deposi akaun melalui cara berikut:
WMR – $5
WMZ- $1
Wire transfer - $20
Keuntungan (jumlah diperoleh sehingga deposit)- $15
Berapa banyak jumlah wang boleh dikeluarkan menggunakan pemindahan bank?
Baki ketika pengeluaran= 5 + 1 + 20 + 15 = $41
Deposit = 20 + 1 + 5 = $26

Kita harus mengira peratus korelasi antara jumlah didepositkan dari setiap sistem bayaran dan jumlah deposit:
5/26 = 19%; 1/26 = 4%; 20/26 = 77%

Sekarang kita harus mengira berapa banyak duit yang boleh dikeluarkan menggunakan pemindahan bank.: 41*77% / 100 = $31.57 –jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan melalui pemindahan bank.
Saya membuat permohonan untuk bonus.Bilakah saya boleh menerima bonus saya?
Pertama sekali, sila pastikan anda tidak melanggar sebarang syarat bonus.Kedua, pastikan masa untuk kredit bonus tidak luput lagi.Jika anda pasti anda tidak melanggar sebarang syarat-syarat bonus dan masa kredit bonus anda masih tidak luput lagi, tetapi bonus masih belum ditambah ke dalam akaun anda, sila hubungi Jabatan Sokongan Pelanggan.
Saya menghantar notis bayaran dari kabinet peribadi tetapi ia ditolak dengan komen “Bayaran telah didepositkan”. Apakah maksudnya?
Jika notis bayaran anda ditolak dengan komen yang sedemikian, ini bermakna anda membuat notis kedua untuk pembayaran yang telah pun diproses.Atau, bayaran telah pun diproses secara automatik dan notis bayaran adalah tidak perlu.
Saya menghantar permohonan untuk pengeluaran duit tetapi ia ditolak dengan komen, “Pengeluaran telah pun dibuat.”
Ini bermakna permohonan yang ditolak itu merupakan duplikasi permohonan pengeluaran wang yang telah pun diproses sebelum ini.
Saya telah membuat notis bayaran dalam kabinet peribadi saya, tetapi ia ditolak dengan komen. “Bayaran tidak dijumpai”.
Di dalam kes ini, pastikan bahawa bayaran telah pun dipindahkan. Mungkin bayaran belum diproses oleh sistem bayaran atau anda membuat kesilapan semasa mengisi order bayaran kepada bank. Juga, pastikan anda tidak membuat sebarang kesilapan semasa membuat notis bayaran. Jika berlaku kesilapan, buat notis bayaran yang baru, isi semua bahagian dengan berhati-hati.
Saya telah memohon untuk mengeluarkandana melalui kabinet peribadi saya, tetapi ia ditolak dengan komen “Dana yang ada tidak mencukupi”.
Dana daripada akaun dagangan anda atau wallet peribadi anda (bergantung kepada di mana anda mahu mengeluarkan wang) adalah tidak mencukupi, maka permohonan pengeluaran wang tidak dapat diproses.
Permohonan pengeluaran wang/permohonan pemindahan dalaman saya telah ditolak dengan komen “Akaun penerima salah” Apakah maksud perkara ini?
Komen ini bermaksud anda telah memasukkan keterangan penerima bayaran yang salah atau penerima akaun dagangan anda di dalam permohonan pengeluaran wang/pemindahan dalaman. Di dalam kes ini, anda harus membuat permohonan yang lain dengan keterangan bayaran yang betul.
Apakah komen “Permohonan anda telah dibatalkan mengikut artikel 3.12.2.menurut Peraturan Kewangan. Sila keluarkan dana dengan menggunakan sistem bayaran yang sama, seperti sistem yang selalu anda gunakan.” bermaksud?
Pengeluaran wang dari akaun dagangan hanya boleh dilakukan menggunakan sistem bayaran yang biasa digunakan untuk deposit. Di dalam kes pendepositan yang dilakukan menggunakan beberapa cara bayaran yang berbeza, pengeluaran wang mesti dilakukan menggunakan cara yang sama, selari dengan nisbah dengan jumlah yang didepositkan
Apakah kadar tukaran mata wang yang digunakan unttuk penukaran semasa pendepositan dana/pengeluaran melalui kabinet peribadi?
Tukaran mata wang dalam pendepositan dana/pengeluaran dilakukan dalam kadar tukaran dalaman syarikat yang dispesifikasikan dalam kabinet pedagang.
Saya tidak mahu lulus sijil pengesahan pengguna. Bagaimanakah saya boleh mengeluarkan dana?
Pengeluaran wang daripada wallet peribadi yang tidak sah, hanya boleh dilakukan di dalam kes Penmbatalan Persetujuan Pelanggan, yakni penutupan akaun dan pengeluaran deposit awalan.
Apakah kod perlindungan?Di mana saya boleh mendapatkannya?
Kod perlindungan adalah cara perlindungan tambahan yang digunakan semasa pemindahan dana dari akau Web Money. Kod perlindungan adalah kombinasi daripada simbol-simbol.Ia boleh dibuat dari kedua-dua sistem atau pengguna itu sendiri (bergantung pada ketetapan). Di dalam kes kod perlindungan digunakan, pemindahan dana hanya boleh diterima oleh penerima selepas memasukkan kod perlindungan yang betul ke dalam permintaan sistem tersebut. Pelanggan boleh menetapkan kod perlindungan pada masa deposit/pengeluaran wang. Bagi kes pengeluaran, dana dipindahkan kepada pelanggan dengan kod yang tetera di dalam permohonan.  Bagi kes deposit, dana dipindahkan ke akau wallet/peribadi /dagangan hanya jika kod, dinyatakan dalam permohonan deposit. Padan dengan kod yang ditetapkan oleh pelanggan semasa pemindahan dana.
Di dalam kes pengeluaran dana, kod perlindungan akan luput dalam masa 1 hari
Di dalam kes invois bayaran, kod perlindungan akan luput dalam masa 5 hari.
Sekiranya pelanggan gagal untuk memasukkan kod perlindungan semasa waktu yang disebutkan, semua dana yang telah dikeluarkan akan dipindahkan semula secara automatik ke dalam akaun syarikat Webmoney. Di dalam kes ini, pelanggan boleh memilih untuk:
a) Dana boleh dipindahkan semula ke dalam akaun dagangan pelanggan/wallet peribadi (tidak termasuk yuran komisen Webmoney);
b) Dana dipindahkan lagi ke akaun pelanggan WM.
Adakah boleh untuk membuat pemindahan dalaman antara pihak ketiga?
Pemindahan dalaman antara wallet peribadi daripada pihak ketiga adalah tidak boleh dilakukan.
Adakah boleh untuk melakukan pemindahan dalaman antara akaun mikro dan akaun standard?
Pemindahan dalaman boleh dilakukan antara apa saja jenis akaun dagangan yang dibuka dalam kabinet personal yang sama.
Adakah boleh untuk megeluarkan dana ke keterangan bayaran pihak ketiga?
Pengeluaran dana hanya boleh dilakukan ke akaun sistem bayaran yang diluluskan melalui akaun kabinet peribadi. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembetulan keterangan bayaran  semasa menghantar permohonan pengesahan keterangan bayaran.
Pengeluaran ke akaun bank pihak ketiga adalah tidak boelh dilakukan.
Bolehkan saya deposit dana ke akaun dagangan saya dari sistem akaun pihak ketiga?
Dana akaun dagangan hanya boleh dilakukan dari purse ke purse dalam apa jua sistem bayaran, jika MasterForex boleh digunakan dalam sistem bayaran ini.
Adalah tidak boleh untuk mendeposit dana dari akaun bank pihak ketiga.
Berapa banyak komisen yang dikenakan untuk pengeluaran dana/deposit?
MasterForex tidak mengenakan caj untuk komisen, tetapi bank atau sistem bayaran yang anda gunakan untuk pengeluaran/deposit mungkin mengenakan caj.
Bolehkah dana akaun dagangan saya dalam tunai dalam pejabat syarikat? Bolehkah saya mengeluarkan duit dari situ?
Servis seperti ini adalah tidak ada. Pelanggan boleh menambah pengeluaran dana menggunakan sistem bayaran:

Web Money
Liberty Reserve
RBK Money
DixiPay
PayOnline
Wire transfer (dalam USD dan EUR)
Adakah MasterForex membayar cukai pendapatan untuk pelanggan mereka?
Syarikat ini tidak bertindak sebagai ejen Persekutuan Russia.Syarikat ini sangat menggalakkan supaya anda tidak melanggar sebarang undang-undang penduduk negara pelanggan sendiri dan membayar cukai pada masa yang betul dan jumlah yang betul. Kami menasihati anda untuk berbincang dengan penasihat cukai, jika perlu.

Soalan berkenaan kabinet peribadi

Apa itu wallet peribadi dan kabinet peribadi? Apakah perbezaannya?
Kabinet peribadi ialah bahagian yang selamat dalam laman web syarikat iaitu kawasan peribadi pelanggan, dimana pelanggan boleh menguruskan akaun dagangan dan dana.
Wallet peribadi difahami sebagai akaun peribadi pelanggan. Apabila deposit dana dijalankan, dana akan dipindahkan ke dalam wallet peribadi. Apabila pengeluaran dana dijalankan, dana dipindahkan daripada wallet peribadi ke sistem akaun pembayaran atau akaun bank pelanggan.
Mengapa wallet peribadi dan akaun dagangan saya terdapat perbezaan baki?
Baki wallet peribadi (di atas tetingkap kabinet) menunjukkan dana pelanggan boleh diagihkan di antara akaun dagangan. Dana ini tidak terdapat untuk dagangan i.e tidak ditunjukkan dalam platform dagangan MetaTrader, melainkan ianya dipindahkan secara dalaman daripada wallet peribadi kepada akaun dagangan. Baki wallet peribadi tidak menunjukkan jumlah baki semua akaun dagangan.
Baki akaun dagangan memaparkan dana yang boleh didapati untuk dagangan. Ianya dipaparkan di dalam terminal dagangan MetaTrader 4. Untuk memindahkan dana daripada wallet peribadi ke akaun dagangan dan sebaliknya, sila gunakan servis pemindahan dalaman.
Bolehkah saya daftar beberapa wallet peribadi, menggunakan alamat emel yang sama?
Ini adalah mustahil. Untuk perhatian anda, pelanggan TIDAK perlu mendaftar banyak kabinet peribadi. Anda boleh membuka dan menyimpan semua akaun dagangan serta dana di dalam satu kabinet peribadi sahaja. Secara dramatiknya memudahkan pemindahan dana diantara akaun dagangan anda. Selain itu, prosedur pengesahan pelanggan hanya sekali sahaja.
Apakah keperluan bagi membolehkan saya mengeluarkan dana daripada wallet peribadi?
Untuk mengeluarkan dana daripada wallet peribadi anda, sila lakukan proses pengesahan pengguna dan prosedur maklumat pengesahan pembayaran. Selepas permintaan pengesahan dihantar, sila tunggu sehingga Jabatan Sokongan Pelanggan mengesahkannya. Sila, ingat yang pengeluaran daripada wallet peribadi mungkin untuk mengesahkan butir pembayaran sahaja.
Dokumen apakah yang relevan untuk pengesahan pengguna?
Dokumen yang anda hantar untuk pengesahan pengguna dalam kabinet peribadi mesti menepati keperluan berikut:
  1. Salinan scan berwarna untuk halaman utama paspot Rusia diperlukan untuk pengesahan rakyat wilayah Rusia;
  2. Dokumen yang sesuai untuk pelanggan daripada CIS adalah:salinan scan berwarna halaman paspot (atau ID sama) yang mengandungi foto dan nama penuh dan jika boleh, halaman paspot dalam bahasa Rusia(atau bahagian belakang ID)
  3. Salinan scan paspot atau ID—kad adalah sesuai untuk pengesahan pelanggan daripada negara lain.
  4. Jika salinan scan adalah mustahil, adalah dibenarkan untuk menghantar dokumen bergambar. Dalam hal ini, imej foto mesti jelas dan besar. Kesemua halaman depan dan belakang(atau muka surat) mestilah bergambar, bukan hanya sebahagian daripadanya.
  5. Salinan scan mestilah berwarna dan berkualiti bagus, jadi senang untuk dibaca. Salinan scan hitam- dan putih tidak dibenarkan untuk penghantaran dan akan ditolak.
  6. Untuk mempercepatkan proses pengesahan ini, sila hantar salinan scan anda supaya mereka mudah untuk membaca. Terima kasih;
  7. Dokumen palsu adalah dilarang dan akan ditolak;
  8. Saiz maksima untuk fail yang dibenarkan ialah 2Mb;
  9. Format fail dibenarkan ialah gif, jpeg,jpg,png;
  10. Apabila menghantar dokumen untuk pengesahan, sila isi maklumat dokumen dalam borang (nombor/siri dokumen). Jika maklumat ini tidak diisi, permohonan pengesahan akan ditolak.
Berapa lama masa diambil untuk pengesahan permohonan pengguna diluluskan?
Pengesahan permohonan pengguna akan diproses pada waktu hari bekerja, 3 jam daripada saat penghantaran permohonan.
Saya sudah menghantar permohonan untuk pengesahan tetapi permohonan  ditolak. Bagaimana boleh saya kenal pasti sebabnya?
Dalam hal pengesahan permohonan anda ditolak, anda boleh menyemak sebabnya di dalam kabinet peribadi anda. Atas sebab tertentu, anda tidak nampak sebab pembatalan didalam kabinet peribadi anda, sila hubungi Jabatan Sokongan Pelanggan untuk bantuan.
Pengesahan permohonan pengguna saya sudah dihantar. Bagaimana saya mahu tahu ianya diterima?
Jika pengesahan permohonan pengguna anda sudah berjaya diterima, di sebelah kanan dibawah senarai akaun anda akan menjumpai “Pengguna telah disahkan” inskripsi dalam warna hijau berbanding “Pengesahan pengguna”.  
Apakah butang “Ianya bukan wallet saya”dalam bahagian “Butir pembayaran saya”digunakan untuk?
Gunakan link, jika anda memasuki akaun sistem pembayaran yang salah atau jika anda merasakan seseorang mengetahui log masuk dan katalaluan anda untuk kabinet dan telah memasukkan maklumat pembayaran ini. Dengan menekan butang ini anda akan sekat pengeluaran dana untuk maklumat pembayaran ini. Penambahan berulang tentang maklumat pembayaran yang sama adalah mustahil.
Apakah butang “Sekat butiran tambahan pembayaran” dalam bahagian “Maklumat pembayaran anda”digunakan untuk?
Untuk memastikan dana anda selamat sila, tekan “Sekat butiran tambahan pembayaran”, oleh itu orang yang tidak dibenarkan, walaupun jika orang itu mengakses kabinet peribadi anda, TIDAK akan boleh untuk menambah butiran pembayaran mereka dan mengeluarkan dana anda. Menyekat butiran penambahan pembayaran adalah tidak diperlukan, tetapi prosedur yang digalakkan. Sila, jangan tekan butang ini, melainkan anda pasti anda telah membuat pemintaan pengesahan untuk semua butiran pembayaran yang anda rancang untuk pengeluaran. Jika kamu telah menekan butang ini secara tidak sengaja sila, hubungi Jabatan Sokongan Pelanggan.
Saya menyekat butiran tambahan pembayaran satu masa dahulu tetapi sekarang saya mahu menambah beberapa butiran baru, apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda telah menyekat butiran tambahan pembayaran baru sebelum ini, tetapi mahu menambah beberapa butiran pembayaran baru, anda perlukan untuk tidak menyekat fungsi butiran tambahan pembayaran. Untuk tidak menyekat butiran tambahan pembayaran sila, muatturun borang permohonan dalam format PDF. Cetak dan isi. Scan dan hantar borang yang telah diisi ke support@masterforex.org daripada alamat email yang anda guna untuk pendaftaran kabinet peribadi. Tulis «Permohonan tidak menyekat butiran tambahan pembayaran” di dalam tajuk surat anda. Selepas permohonan disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan, butiran servis tambahan pembayaran akan ada semula. Anda akan dimaklumkan melalui email tentang fakta tidak disekat.
Berapa banyak akaun dagangan yang saya boleh buka di dalam kabinet peribadi saya?
Anda boleh membuka seberapa banyak akaun dagangan dalam kabinet peribadi anda, sebanyak mana yang anda perlukan untuk bekerja dalam pasaran.
Bagaimana saya boleh menukar user name(log masuk)?
User name (log masuk) untuk kabinet peribadi tidak bloeh diubah. Jika anda lupa log masuk anda perlu untuk semak emel anda, termasuklah folder dengan surat yang telah dipadam: surat dengan semua data pendaftaran dihantar ke emel anda selepas pendaftaran kabinet peribadi.
Mengapa akaun dagangan lama saya tidak dipindahkan ke kabinet peribadi baru saya?
Perlu diingat bahawa  akaun dagangan lama secara automatik akan dipindahkan ke kabinet peribadi  baru anda dalam 20 minit sejak permohonan pemindahan dibuat.
Untuk memindahkan akaun lama anda ke kabinet peribadi baru anda, sila sahkan kabinet peribadi anda dan akaun lama dahulu. Selain itu maklumat pendaftaran akaun lama dan kabinet peribadi baru mesti serasi.
Mengapa mesej “Sila  betulkan data” atau “Pengeluaran untuk wallet spesifik adalah mustahil” muncul apabila saya mencuba untuk mengeluarkan dana daripada wallet peribadi saya?
Pengeluaran dana adalah dibolehkan untuk sistem akaun pembayaran pengesahan sahaja. Jika anda sudah membuat permohonan maklumat pembayaran pengesahan, sila pastikan yang ianya diterima. Anda boleh menyemak status permohonan dalam bahagian “Maklumat pembayaran saya” di kabinet peribadi anda.
Mengapa butang “Akaun pemindahan”tidak ada dalam kabinet baru?
Butang “Akaun pemindahan” akaun anda selepas prosedur pengesahan pengguna berjaya.

Penukaran butiran peribadi dan katalaluan

Bagaimanakah untuk menukar data peribadi saya yang dinyatakan semasa pendaftaran?
Untuk menukar sebarang butiran peribadi yang dinyatakan semasa proses pendaftaran, sila muatturun borang permohonan dalam format pdf. Print dan isi maklumat yang diperlukan. Scan dan hantarkan borang yang telah diisi ke emel support@masterforex.org dari emel yang didaftarkan semasa pendaftaran. Tulis “Borang aplikasi untuk perubahan data peribadi” di ruangan subjek. Butian peribadi anda akan ditukar selepas borang permohonan anda disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan dan anda akan dimaklumkan menerusi emel.
Bagaimanakah cara untuk mengubah katalaluan kabinet peribadi? 
Untuk menukar katalaluan kabinet peribadi anda, sila muatturun borang permohonan dalm format pdf. Cetak dan isi maklumat yang diperlukan. Scan dan hantar borang permohonan ke emel support@masterforex.org menggunakan emel yang didaftarkan semasa pendaftaran. Tulis “Borang aplikasi untuk perubahan katalaluan kabinet peribadi” di ruangan subjek. Katalaluan kabinet peribadi akan ditukar selepas borang permohonan anda disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan  dan anda akan dimaklumkan menerusi emel.
Bagaimanakah cara untuk menukar katalaluan telefon?
Untuk menukar katalaluan kabinet peribadi anda, sila muat turun borang permohonan dalm format pdf. Cetak dan isi maklumat yang diperlukan. Scan dan hantar borang permohonan ke emel support@masterforex.org dari emel yang didaftarkan semasa pendaftaran. Tulis “Borang aplikasi untuk perubahan katalaluan telefon” di ruangan subjek. Katalaluan telefon  akan ditukar selepas borang permohonan anda disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan dan anda akan dimaklumkan menerusi emel.
Bagaimanakah cara untuk menukar katalaluan pedagang/pelabur?
Anda boleh menukar sendiri katalaluan pedagang menerusi pilihan terminal dagangan. Pilih menu “Tools” – “Pilihan”. Masukkan kata laluan baru di ruangan “Katalaluan” dalam tab “Server” dan tekan butang “Tukar”.
Untuk menukar kata laluan pedagang/pelabur, sila hantarkan surat ke emel support@maserforex.org menggunakan emel yang digunakan semasa pendaftaran. Tulis “Borang aplikasi untuk perubahan katalaluan pedagang” di ruangan subjek untuk surat tersebut. Surat tersebut mestilah mempunyai maklumat seperti berikut:
- Jenis dan nombor akaun dagangan;
-Katalaluan telefon (anda telah tetapkan katalaluan ini semasa pendaftaran wallet peribadi)
Katalaluan pedagang/pelabur akan ditukar selepas borang permohonan anda telah disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan  dan anda akan dimaklumkan menerusi emel.   
Bagaimanakah cara untuk menukar katalaluan pembayaran?
Untuk menukar katalaluan pembayaran, sila muatturun borang permohonan dalam format pdf. Cetak dan isi maklumat yang diperlukan. Scan dan hantarkan borang yang telah diisi ke emel support@masterforex.org dari emel yang digunakan semasa pendaftaran. Tulis “Borang aplikasi untuk perubahan katalaluan pembayaran” di ruangan subjek untuk surat tersebut. Katalaluan pembayaran akan ditukar selepas borang permohonan anda telah disemak oleh Jabatan Sokongan Pelanggan  dan anda akan dimaklumkan menerusi emel.
Bagaimanakah cara untuk menukar username (log masuk) untuk kabinet peribadi?
Ianya adalah mustahil untuk menukar username (log masuk) untuk kabinet peribadi. Jika anda memang terlupa, anda perlu semak semula kotak emel anda termasuk emel yang telah dipadam. Surat dengan data pendaftaran anda telah dihantar ke emel anda selepas pendaftaran kabinet peribadi baru.

Pengiraan nilai

Pengiraan margin
Margin adalah suatu jumlah sekuriti di mana broker menyediakan garisan kredit.
Formula pengiraan margin:
Margin = Jumlah posisi/Leverage,
Di mana:
Jumlah posisi  = 100 000 base unit matawang  * isipadu lot  * sebut harga semasa.
Jumlah posisi dan margin dinyatakan dalam base unit matawang. Contoh:
 Instrumen kewangan: Matawang EURUSD.
Jumlah posisi  – 1 lot standard  (dalam pasaran Forex ia adalah 100000 base unit matawang, dalam contoh yang sebenar, ia adalah dalam EUR), leverage adalah 1:100, sebut harga untuk EURUSD ialah 1.6000.
Margin = [100 000/100 = 1000 EUR] *1.60000 = 1600 USD.
Informasi tentang margin untuk dagangan future CFD boleh didapatkan dalam bahagian “Spesifikasi kontrak” dalam laman web syarikat.
Margin untuk instrumen stok CFD kepada 10% daripada jumlah posisi terbuka (isipadu lot      *100 shares* harga pembukaan posisi). Oleh itu, amaun untuk perkongsian leverage ialah 1:10.  Pengiraan ekuiti
Nilai ekuiti dalam terminal dagangan menunjukkan status akaun dagangan semasa. Indeks akan dikira menerusi cara yang berikut:
Ekuiti = Baki + untung/rugi terapung + kredit, di mana:
Baki ialah keputusan jumlah kewangan untuk semua urusan yang telah selesai dan baki transaksi (kecuali kredit) yang dijalankan ke atas akaun dagangan.
Untung/rugi Terapung ialah keuntungan/kerugian yang tidak direkod untuk semua posisi terbuka yang dikira pada harga instrumen semasa.
Kredit ialah jumlah deposit kredit/ operasi hapus kira yang dijalankan ke atas akaun dagangan pelanggan.
Formula pengiraan paras margin
Paras margin – hubungan peratusan antara ekuiti dan margin yang diperlukan untuk  mengekalkan posisi terbuka. Ianya dikira seperti berikut:
Paras margin = [Ekuiti/Margin] * 100%,
Di mana margin ialah margin yang diperlukan untuk mengekalkan posisi terbuka.
Paras margin dinyatakan dalam %
Pengiraan nilai satu mata
Mata – suatu jumlah minimum untuk kadar rata penukaran matawang.
Formula pengiraan jumlah satu mata:
 Nilai mata = Pertukaran minima untuk harga pasangan matawang * jumlah posisi
Kadar pertukaran untuk pasangan EURUSD, GBPUSD, USDCHF, dll. Mempunyai 4 nombor perpuluhan. Ia bermaksud, kadar pertukaran minima untuk amaun instrumen untuk 0.0001 dalam sebut harga matawang. Kadar pertukaran untuk USDJPY ditulis dalam 2 digit perpuluhan, jadi pertukaran harga minima bersamaan dengan 0.01, dalam sebut harga matawang. Contoh 1
EURUSD, jumlah lot – 1 lot standard (dalam pasaran Forex ia adalah 100000 base unit matawang, dalam contoh sekarang ialah EUR)
Kadar pertukaran minima untuk amaun EURUSD kepada 0,0001 USD.
Nilai mata = [0,0001 × 100 000] = $10 Contoh 2
 USDCHF, jumlah lot— 1.5 lot (150 000 USD), kadar pertukaran USDCHF = 1.0300.
Kadar pertukaran minima untuk amaun USDCHF kepada 0,0001 franc.
Jumlah mata = [0,0001 × 150 000] = 15 CHF
Penukaran CHF to USD: [15 / 1.0300] = 14,60 USD   Example 3
 USDJPY, jumlah lot— 0.2 lot (20 000 USD), kadar pertukaran USDJPY = 103.50.
Pertukaran harga minima untuk amaun USDJPY kepada 0.01 Yen.
Nilai mata = [0.01 × 20 000] = 200 JPY
Penukaran JPY to USD: [200 / 103.50] = 1.90 USD
Formula pengiraan keuntungan/ kerugian
> Pengiraan keputusan transaksi kewangan:
Untuk posisi panjang (Beli)
 Untung/Rugi= jumlah posisi * (harga penutupan – harga pembukaan)
Untuk posisi pendek (Jual)
Untung/Rugi=jumlah posisi * (harga pembukaan – harga penutupan)
Jumlah posisi dinyatakan dalam base unit matawang, untung/rugi- dalam sebut harga matawang  
Bagaimanakah swaps dikira?
Semak “Spesifikasi kontrak” untuk nilai swap-mata untuk setiap instrumen kewangan. Ini ialah contoh pengecasan mata-swap 
Anda telah membuka posisi pendek EURUSD untuk 1 lot (100 000 EUR) pada 1.3700. Nilai mata-swap untuk posisi pendek EURUSD: -0.3000
Pada  23:59 (masa terminal) swap akan dicaj ke dalam akaun perdagangan dengan posisi terbuka:
Swap = Lot * Pip pendek * Saiz pip,
Di mana:
“Lot” – jumlah posisi terbuka (dalam hal ini amaun ialah sehingga 1.00);
“Pip pendek” –nilai swap-mata ( dalam hal ini amaun ialah sehingga -0.3000);
“Saiz pip” – Nilai satu mata dalam matawang deposit (dalam hal ini ialah $10)
Keputusannya ialah:
Swap =1.00 * (-0.3000) * 10 = -$3.0.
Amaun ini akan ditunjukkan dalam terminal dagangan dalam kolum “Swap” dan akan ditambah ke dalam baki akaun pada masa posisi tersebut ditutup.
Pada malam antara Rabu dan Khamis, swap tiga kali ganda akan dikenakan caj sebab selepas Jumaat adalah Isnin (tarikh penyelesaian ditukar dari Jumaat kepada Sabtu, dari Sabtu kepada Ahad dan dari Ahad kepada Isnin).








Ticker Bid Ask