Pilih Bahasa:
twitter vkontakte facebook youtube


LiveZilla Live Help
Untuk Rakan Kongsi
Sehingga sekarang kami mempunyai rakan kongsi yang gigih dan dipercayai dalam lebih 50 negara! Antara kelebihan yang kami tawarkan:
  • Kominsen sehingga 1.5pip
  • Kominsen diperolehi serta merta
  • Sistem pendaftaran yang mudah
  • Mudah untuk menarik pelanggan
  • Kemudahan pemantauan pendapatan

Cadangan Keselamatan

Pelanggan dan rakan kongsi terhormat! Masterforex sangat mengesyorkan untuk menyemak kaedah utama penipuan internet dan memahami bagaimana menyediakan keselamatan dana anda dan data peribadi serta mencegah jangkitan virus komputer.

Phishing

Apakah itu?

Phishing adalah sejenis penipuan internet dengan tujuan pengambilalihan data pengenalan pengguna seperti login, kata laluan, pin kod, dll. Hal ini semua dicapai dengan cara berikut: penipu membuat klon emel korporat syarikat dan membuat emel yang keluar atas nama syarikat. Surat-surat ini sering mengandungi link terus ke laman web palsu, secara luaran tidak dapat dibezakan dari yang asli atau permintaan untuk menghantar login, kata laluan serta maklumat rahsia penting. Setelah melawat laman web tersebut, secara tidak langsung pengguna telah memberikan maklumat penting kepada penipu dan data peribadinya dengan mudah diakses.

Bagaimana untuk mengenalinya?

  • Sangat mustahak untuk diingat bahawa setiap acara, misalnya pengubahsuaian Perjanjian Pelanggan atau jemputan untuk menyertai dalam sebarang pertandingan, selalu disertai oleh edaran surat melalui MetaTrader dan penerbitan iklan acara di laman web www.masterforex.org. Jika anda menerima emel dengan jemputan untuk menerima beberapa jenis bonus, sila cek jika iklan acara ini telah diterbitkan pada laman web syarikat dan apakah anda menerima berita yang sama di MetaTrader.
  • Anda harus ingat bahawa Masterforex tidak pernah meminta pelanggan untuk memberikan maklumat peribadi seperti login, kata laluan dan pin-kod melalui emel. Sekiranya anda menerima surat maklumat dari Masterforex yang mengandungi link, sila semak untuk pastikan kesahihannya. Biasanya, penipu menggunakan kecuaian pelanggan, misalnya:

    Alamat link yang betul: https://cabinet.masterforex.org/
    Alamat link penipuan: https://cabinet.masterforex.net.org/

    Alamat link yang betul: https://cabinet.masterforex.org/
    Alamat link penipuan: https://cabinet.masterforeks.org/

Bagaimana untuk melindungi diri anda?

Jika anda menerima surat yang mencurigakan, sila beritahu Pengurus Jabatan Sokongan Pelanggan melalui salah satu jabatan yang tersenarai dalam laman web. Surat yang mencurigakan haruslah dihantar ke support@masterforex.org untuk analisis.

Jika boleh, periksa setiap kali alamat laman web browser ruangan trader anda. Ia mestilah seperti - https://cabinet.masterforex.org/;

Jangan menjawab surat yang anda fikir mencurigakan;

Jangan sesekali membuka fail mencurigakan yang diterima dari emel.

Virus computer dan keylogger

Apakah itu?

Virus komputer adalah sebuah perisian berbahaya dengan ciri-ciri mengenalpasti kemampuan multiplikasi. Semasa proses multiplikasi virus boleh merosakkan atau memusnahkan data pada peranti simpanan data.

Keylogger adalah sebuah perisian berbahaya yang membolehkan rakamanan semua kekunci yang ditekan pada papan kekunci, semua kata laluan, login, koresponden, dll. Selain itu, perisian ini mampu merakam semua maklumat tentang alamat laman web yang dikunjungi oleh pengguna untuk menyimpan gambar dari laman web dan menyimpan kandungan fail semantara.

Bagaimana untuk mengenalinya?

Perisian antivirus akan membantu komputer anda daripada terdedah perisian yang berbahaya dan juga untuk mencegah jangkitan virus komputer. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis perisian antivirus.

Gejala jangkitan virus atau keylogger:

Trafik internet meningkat;

Komputer bekerja tidak stabil (tiada respon) atau sangat perlahan;

Beberapa jenis virus membuat banyak fail kosong dalam folder yang berlainan.

Bagaimana untuk melindungi diri anda?

Hal ini mudah untuk melindungi diri anda dari jangkitan – hanya ikuti peraturan berikut:

Pasang dan guna perisian antivirus, pastikan pengkalan data antivirus anda dikemaskini.

Pasang dan guna firewall peribadi (perisian mencegah akses luar untuk data di komputer anda). Kami menyarankan anda untuk menggunakan perisian penyelesaian syarikat yang terkemuka, seperti:

Jangan sesekali membuka fail dilampirkan, diterima dari penghantar yang tidak dikenali;

Semasa bekerja menggunakan internet haruslah berhati-hati, pasang aplikasi tambahan sahaja dari pemaju yang boleh dipercayai.