Pilih Bahasa:
twitter vkontakte facebook youtube


LiveZilla Live Help
Untuk Rakan Kongsi
Sehingga sekarang kami mempunyai rakan kongsi yang gigih dan dipercayai dalam lebih 50 negara! Antara kelebihan yang kami tawarkan:
  • Kominsen sehingga 1.5pip
  • Kominsen diperolehi serta merta
  • Sistem pendaftaran yang mudah
  • Mudah untuk menarik pelanggan
  • Kemudahan pemantauan pendapatan

How to become a Client

Selamat Datang ke MasterForex! Mulakan trading anda menggunakan penerangan berikut! Selamat berjaya!


Langkah 1 - Dapatkan maklumat
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila baca di laman web kami dan anda akan merasakan ia menarik seperti di Spesifikasi Kontrak atau Keadaan Dagangan ajukan pertanyaan melalui telefon atau on-line chat.Kami dengan sukacita menjawab soalan anda!

Langkah 2 - Mendaftar kabinet peribadi
Pertama anda harus mendaftar kabinet peribadi. Untuk melakukannya, sila ke halaman kabinet peribadi Pilih bahasa dan tekan butang “pendaftaran” serta ikut prosedur pendaftaran kabinet peribadi. Sebelum anda mengisi boring pendaftaran, sila baca peraturan syarikat dan peraturan kewangan. Jika anda ada sebarang kemusykilan semasa pendaftaran dan penggunaan kabinet peribadi, sila semak dengan lebih terperinci dalam dalam manual kabinet peribadi atau hubungi kami melalui telefon, emel atau live chat.

AMARAN! Data pendaftaran seperti nama keluarga, nama pertama dan nama akhir hendaklah seperti dalam dokumen pengenalan kebangsaan (paspot, IC, etc).

Semasa dalam proses pendaftaran kabinet peribadi, ada beberapa perkara yang anda harus ciptakan dan isi di dalam username (log masuk), kata laluan dan kata laluan telefon. Sila hafal atau buat salinan.

Anda juga akan diberi pilihan untuk memilih kaedah pengesahan pengeluaran- SMS atau kata laluan bayaran. Jika anda memilih pilihan kata laluan bayaran, anda perlu cipta kata laluan sendiri dan akan menggunakannya setiap kali melakukan pengeluaran. Sila hafal dan buat salinan. Jika anda memilih pilihan SMS, anda akan menerima SMS kod pengesahan terus ke telefon bimbit anda.

AMARAN! Jangan dedahkan kata laluan telefon anda kepada orang lain, kecuali pihak MasterForex. Jika anda memberitahu kata laluan telefon atau kata laluan bayaran kepada orang lain, MasterForex tidak akan bertanggungjawab segala akibat yang mungkin berlaku.

Langkah 3 – Membuka akaun trading
Sekarang setelah anda membuka kabinet peribadi, anda harus membuka akaun trading. Untuk melakukannya, sila tekan butang Membuka akaun trading di dalam kabinet peribadi.

Pilih jenis akaun trading. Kami menawarkan akaun standard, Micro dan ECN. Maklumat keadaan dan ciri-ciri setiap akaun boleh didapati sini. Pilih kredit leverage. Aktifkan pilihan swap-free jika berkenan. Jika kotak swap-free ditandakan, swap tidak akan dikenakan. Status kredit leverage dan swap-free boleh di tukar kemudian selepas membuka akaun.

Selepas membuka akaun, nombor MF wallet anda akan dipamerkan di dalam kabinet peribadi. Kata laluan untuk MT4 (trader dan pelabur) akan dihantar terus ke alamat emel.
Anda boleh membuka banyak akaun trading yang anda perlukan.
Jika anda telah mempunyai akaun trading sebelum pendaftaran kabinet peribadi, anda boleh memindahkan ke kabinet peribadi. Untuk arahan tambahan, sila semak manual kabinet peribadi.

Langkah 4 – Muat turun terminal
Sekarang, selepas membuka kabinet peribadi dan akaun trading, anda telah menjadi trader berdaftar. Jadi perkara terakhir yang anda perlu tumpukan adalah terminal trading. Pemasangan fail boleh dimuat turun dari sini. Jika anda trader baru dan mempunyai soalan tentang platform, sila semak di FAQ, ), tajuk forum atau hubungi Jabatan Sokongan Pelanggan.

Langkah 5 – Membuat deposit ke akaun trading
Sekarang anda telah sedia untuk trading nyata, anda hanya perlu membuat deposit ke akaun trading anda. Semua kaedah deposit dan pengeluaran boleh disemak sini. Deposit dilakukan menggunakan kabinet peribadi. Untuk penerangan lebih lanjut, semak manual kabinet peribadi.

Jika bayaran deposit tidak secara automatik pindah ke kabinet peribadi anda, sila buat notis bayaran deposit. Untuk melakukannya, sila ke seksyen “Tambah dana” pilih subseksyen “manual”. Isikan borang dengan bayaran deposit anda secara terperinci. Kami akan membuat semakan notis bayaran deposit anda dan secara manual memindahkan bayaran deposit anda ke kabinet peribadi anda dalam masa 24 jam.

Jika deposit dilakukan melalui pemindahan wire, selepas bayaran dibuat anda harus mencipta notis bayaran. Untuk melakukannya, sila ke seksyen “Tambah dana”, kemudian pilih “melalui pemindahan wire”. Isi dalam borang. Kami akan memindahkan bayaran ke kabinet peribadi anda sebaik saja kami menerimanya dalam bank akaun.

Anda juga boleh menggunakan kabinet peribadi untuk tujuan pengeluaran dana dan pemindahan dalaman antara akaun wallet dan akaun trading.

Langkah 6 – Log masuk dalam terminal trading
Untuk log masuk ke dalam MetaTrader4 terminal trading anda harus memasukkan nombor akaun trading sebagai log masuk dan kata laluan trader. Log masuk dan kata laluan untuk kabinet peribadi tidak boleh digunakan untuk log masuk ke MetaTrader4.

Langkah 7 – Menyertai dalam pertandingan
Syarikat kami mengambil berat terhadap pelanggannya dan sanggup menawarkan banyak keadaan yang menguntungkan, pertandingan menarik dan bonus-bonus untuk berjaya dalam trading. Maklumat untuk setiap pertandingan semasa boleh didapati sini.

Jika anda mempunyai soalan, sila pasyikan hubungi jabatan sokongan pelanggan melalui online chat atau komunikasi lain yang terdapat dalam seksyen "Contact" dalam laman web.








Ticker Bid Ask